:: QS ::

***********************************************************************************************

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

********************************************************************************************************************

Tuesday, July 2, 2013

HSP..


Haa.. disebabkan dah lama tak update, diri ini nak share cerita something. Terjumpa dan sangat menyentap.. Untuk kebaikan kita semua juga kan ;)

Cerita ni agak cliche sebenarnya. Daripada seorang yg baik kepada tak baik kemudian menjadi baik semula. Apa-apa pun, semuanya berlaku hanya dengan izin Allah S.W.T.

-------------------------------------------------------

Dahulunya orang ni seorang yang mengikut kata ibu bapanya, walaupun dialah yang paling rebel terhadap parentnya. Solat dijaga, puasa tak tinggal, rajin puasa sunat, belajar ilmu agama, aurat terjaga, dll.

Tetapi datang satu tempoh, sedar tak sedar, dia didatangi satu ujian. Mungkin pada orang lain ianya hanyalah ujian kecil. Namun ujian inilah yang telah mengubah kehidupan insan ini 240 degree.. Uihh banyak jugak lah kiranya. Daripada jaga solat dah jadi tak jaga solat, daripada puasa penuh jadi liat nak puasa, lebih-lebih lagi puasa sunat, daripada rajin baca Kalamullah kepada terus tak baca.. Haa.. Nak kata apa lagi? Kira teruk jugak lah kan?

So, hidupnya diteruskan, dan kehidupan itu di-enjoy sepuasnya. Sosial, perbualan, berlari sakan tanpa mengira lelaki perempuan, dah sebati dalam diri dia. Tapi satu perkara yang tidak berubah adalah, dia tidak berpaling ke arah kejahatan. Sikap baiknya cukup terserlah. Dan kadang-kadang, sikap baiknya disalah erti. Berbual baik dengan semua orang adalah keperluan baginya. Namun ada yang merasakan dirinya special gara-gara si dia terlalu baik.

Dalam tempoh menjalani hidupnya yang 'serba-serbi' itu, datang satu curiosity dan kerinduan terhadap kehidupannya yang lama. Diambil masa untuk berfikir sendirian, terutama ketika sedang mandi di dalam tandas. Walaupun tandas diiktiraf tempat berkumpulnya syaitan-syaitan yang terkutuk, namun ada tikanya ia menjadi tempat seseorang untuk berseorangan. Tika itu jugalah berbagai fikiran dan memori datang menjengah, tak kira secara dijemput mahupun tidak. Dan sesungguhnya, setiap insan perlu 'waktu untuk bersendirian', tak kira dalam tandas atau pun tempat lain.

Direnungnya kehidupan yang lalu. Hati yang begitu kecil dalam diri setiap insan, tiba-tiba menimbulkan satu perasaan yang membuatkan akal minda terpaksa berhempas pulas memikirkan tindakan selanjutnya. Perasaan ingin kembali itu meskipun lemah di waktu itu, namun ditambah dengan kerinduan terhadap kebaikan yang pernah dilakukan dahulu, merubah sedikit demi sedikit diri insan tersebut. Tapi apakah amalannya akan diterima lagi selepas ini? Apakah jika berulangnya kesilapanku, si Dia akan mengampuni aku lagi? Apakah aku hanya akan mengambil kesempatan terhadap 'besarnya keampunan si Dia', maka ku yakini akan mengulangi kesilapan ku lagi?

Argh! Peduli apa aku dengan kisah dulu. 
Mungkin saja Tuhan akan mengampuniku. Maklumlah, Dia kan Maha Pengampun..

Dush! Tak semena-mena bulu romanya meremang. Ibarat terdapat satu sentuhan halus dari belakang,memegang bahunya. Kedengaran air liur yang sedang sukar ditelan, namun diusahakan juga. Nak berpaling ke belakang, dibimbangi ada 'apa-apa'. Tak berani. Takut. Gelisah. Maka terdiam lah beliau buat seketika. Dipejam matanya, mengenang apakah kata-katanya melampaui batas. Apakah ini satu petanda.
Ya. Memang ku telah melampaui batas.

Astaghirullahal'azim. 
Istighfar banyak-banyak. Mengucap tak dilupa.

Oh. Rupanya ku lupa.
Terlupa pada fitrah wujudnya diri ini hanya di taraf hamba.

Siapakah aku yang ingin bersenang lenang dengan janji keampunanNya?
Siapakah aku yang tidak perlu menakuti azab dari Nya?
Siapa aku untuk mengambil kesempatan terhadap Nya?
Allahu Allah. 

Bila kesusahan terasa, hidup terlalu payah.. Pelbagai persoalan menerjah..Sungguh.. Jiwa yg keras itu sukar utk menangis menghadirkan rasa kehambaan dlm diri..

Apa perlu aku buat? Soalan yang sama berligar-ligar di kepalanya. Berbagai jawapan yang hadir, namun ditolak kerana merasakan diri kini berstatus pendosa.

Taubat? Hanya perlu lafaz? Eh eh, senangnya. 
Tapi nak hadirkan rasa dan usaha bertaubat itu yang susah. 
So, apa lagi pilihan yang aku ada?

Buat baik, dibalas baik. Buat jahat, jangan sekali. 
Kerana dibimbangi akan mendapat balasan yang lebih teruk dari perbuatan jahat yang dilakukan. 

Itulah peribahasa yang tiba-tiba datang menusuk ke dalam otaknya. Memandangkan diri dah silap besar, maka perlulah di'cover'kan dengan perbanyakkan amalan kebaikan. InsyaAllah, cuba ikhlaskan diri, tekad dalam hati. Usah berputus asa kerana ada RAHMAT di sebaliknya yg tidak ketahui.. Teruslah berdoa pada Allah! InshaAllah.. Biiznillah.. Nikmat Allah terlalu luas.. Tak kan habis nikmatNya jika dikira..

Siapa tahu bertaubat perbuatan sekarang, lain kali adakah takkan buat salah/ dosa yang lebih besar lagi pada masa akan datang? 

Semuanya adalah aturan Ilahi. Andai sesuatu dosa itu dilakukan, ia adalah sebagai satu pengajaran agar cepat berpatah balik kepadaNya sebelum ajal disambut Sang Malaikat Pencabut Nyawa dengan izinNya. 

Diri ini banyak juga melakukan salah dan silap, apatah lagi dosa confirm keliling pinggang. Mungkin akan ada yang kata diri ini hipokrit, kerana berlainan dengan apa yang dipertemukan mereka tika di luar sana. Namun apakah ia satu kesilapan juga seandainya diri ini membenarkan penulisan dari hati yang hina ini. Maafkan aku. Maafkan dia. Maafkan mereka. Maafkan kami. 

Andai hidup punya pilihan pasti ramai yg meminta dariNya agar dilahirkan semula..
Agar suci dari karat2 dosa yg membelenggu diri.. 

Hidup manusia ibarat huruf Alif.. Lam.. Dan Mim..

Ada org yg Allah takdirkan hidupnya lurus dari permulaan hingga ke penghujungnya.. Bersyukurlah..

Dan ada pula org yg hidupnya lurus pd permulaan tp akhirnya bengkok dan jauh dari agama.. Na'uzubillah...

Tak ketinggalan.. Ada yg hidup mereka pada awalnya penuh noda dan dosa.. Tapi hidayah Allah tiba ataupun dicari, dan membawa dia kpda kefahaman agama yg tinggi.. Alhamdulillah.. Allah masih pilih utk mati dlm iman.. Semoga kita semua tergolong dalam golongan tersebut. Hanya itulah Harapan Sang Pendosa.


Wallahu'alam..


-------------------------------------------------

sedikit selingan
tatapan video..