Dalam hujan lebat, di malam gelap gelita, jalan tak berapa nampak, aku cari jalan mudah, ikut kereta depan. Ada lah dalam setengah jam aku ikut kereta tu. Sekali tiba-tiba kereta tu brek emergency. Apa lagi, aku tersondol belakang kereta dia!
Aku turun dalam hujan lebat & marah pemandu tu sebab berhenti mengejut.
Tapi muka dia nampak hairan betul! Mana tak nya, aku marah dia dalam garaj kereta rumah dia!!!
2. Sofiah Panjat Pokok.
Sofia merupakan seorang dara yg cantik lagi rupawan. Kira dalam kampung, dia lah miss kampung! Tapi sayangnya sewaktukecil, Sofiah telah jatuh dari katil tidur lalu otaknya kurang seimbang (otak senget daaa!)
Satu hari Sofiah telah disuruh oleh emaknya untuk membeli kelapa. Lalu dia pun pergi ke kedai Pak Daniel. Walaupun usianya dah lanjut tapi Pak Daniel masih gagah & kuat (penangan Viagra+Tongkat Ali). Setibanya di kedai Pak Daniel, terdapat beberapa lagi pemuda-pemuda kampung yg sedang lepak kat situ.
Sofiah: Kelapa 1 biji...parut buang kulit.
Pak Daniel: Nak buat apa dengan kelapa ini?
Sofiah: Tak tahu, mak suruh beli.
Pak Daniel: Hari ni Pak Daniel rasa murah hati...kalau Sofiah dapat panjat pokok kelapa & ambil kelapa tu, Pak Daniel bagi free.
Sofiah dengan semangatnya memanjat pokok kelapa tu. Pak Daniel & pemuda-pemuda kampung yg lepak kat situ pun mengerumuni di bawah pokok kelapa itu. Mereka pandang ke atas dengan penuh berahi. Oleh kerana syok sangat, Pak Daniel suruh Sofiah turun naik pokok kelapa tu beberapa kali untuk ambil beberapa biji dia nak.
Sofiah pun pulang ke rumah dengan senang hati membawa kelapa parutnya & beberapa biji lagi. Tiba di rumah, emak Sofiah terperanjat kenapa banyak sangat kelapa.
Mak Sofiah: Sofiah, apasal banyak sangat kelapa ni?
Sofiah: Hari ni Pak Daniel beri percuma kalau Sofiah sendiri yg panjat pokok & ambil kelapa tu. Pandai kan Sofiah mak?
Mak Sofiah: Sofiaaahhh!!! (mak nya menjerit!). Dia orang semua tu nak tengok seluar dalam kau! Sebab tu dia kasi free!
Sofiah: Ye ke mak?...Eh...eh...nasib baik Sofiah tak pakai seluar dalam...=P
3. Lari Dari Rumah.
Seorang suami baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
"Kenapa?" Si suami bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung suaminya itu lalu berkata:
"Kita sudah berkahwin 15 tahun. Dalam masa tu, rumah ni tak pernah aman! Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
"Betul juga kata awak. Saya pun dah tak tahan dengan rumah ni! Saya nak ikut awak keluar rumah ni! Jom!"
4. Apa Bezanya Antara Aurat & Urat?
AURAT & URAT adalah 2 perkata yg berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yg terlalu mendedahkan aurat, urat lelaki akan membengkak di sesuatu kawasan...Kawasan mana? Biarlah rahsia...hehe! =P
5. Anda Orang ke Orang Utan?
Orang yg tidak pernah peduli atau kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan, harta dunia & tidak pernah juga runsing pasal akhirat ialah orang Utan!
taken from : http://nazreey.blogspot.com/2009/06/5-minit-gelak-ketawa-lawak-1.html