:: QS ::

***********************************************************************************************

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

********************************************************************************************************************

Sunday, August 19, 2012

it was...few days before...

Bilik guru.

Aku melalui bilik guru yang dahulunya sentiasa ku lalui 9 tahun yang lalu. Guru-guru yang ku kenal tidak ramai lagi. Namun ku sapa mereka semua dengan baik. Tika itu, fikiran ku diterjah kenangan dahulu. Ku lupa waktu yang tepat bagi insiden tersebut.

Ku dipanggil oleh seorang ustazah ke bilik guru. Seorang lagi turut dipanggil. Perempuan. Namun ku lupa nama dan wajahnya. Dan itu tidak penting bagiku sebenarnya. Yang penting sekarang ialah kenapa ustazah memanggilku. Ku duduk di sebuah kerusi kayu yang telah tersedia ada di situ. Sementara menanti ustazah, ku memerhati sekeliling bilik guru tersebut. Setelah mengamati, ustazah mendatangi kami berdua.

Apa? Berlatih untuk tilawah Al-Quran? Suara aku sedap ke? Kenapa ustazah pilih aku pula berbanding ramai lagi pelajar di sekolah ini? Berbagai persoalan bermain di minda, tapi tak terluah melalui kata-kata. Ku diam dan menuruti sahaja arahan ustazah, tapi dalam diri masih memberontak. Pelik. Biar jelah.

Ustazah mengajarkan beberapa cara untuk tilawah Al-Quran. Sudah tentu, untuk menyedapkan bacaan, perlulah mengetahui dan menggunakan teknik-teknik yang betul. Pernafasan, frasa, tempo, dinamik, dan lain-lain lagi. Bagiku, semua itu tak penting. Ya, tika itu, itulah pemikiran yang telah aku setkan dalam diriku. Dan cara bacaan ku tetap sama, dan aku rasa, tak seperti yang ustazah harapkan. Entah. Biar jelah.

Waktu pertandingan. Berdebar. Tapi peduli apa, yang penting aku baca. Keputusan akhirnya keluar. Aku tak menang. As expected. Dan tika itu juga, aku masih tak kisah kalah menang, menjadi harapan, dan lain-lain lagi. Luckily, perempuan tu mendapat tempat, kalau tak silapku. Jadi, takdelah ustazah rasa bersalah sangat.

Tahun berganti tahun, baru kusedari. Ilmu yang ingin disampaikan oleh ustazah itu telah aku persiakan. Rugi. Betul-betul rugi. Andai aku belajar betul-betul dan memahirkan diri, sudah tentu aku sudah diperingkat lain sekarang ini. Wallahu'alam. Namun kekesalan itu ku syukuri juga. Dan ku terima Qada' dan Qadr. Ku lihat pada sudut lain. Lain kali, ilmu yang bakal kamu dapat itu, jika tidak bercanggah dengan syariah Islam, tidak akan rugi kamu mempelajarinya. Akan ada waktu kamu dapat gunakannya, antara menolong orang lain, ataupun menolong diri sendiri.

Ya, itu salah satu kenangan pabila ku berada di bilik guru tersebut. Kawasan-kawasan lain yang ku lalui turut mempunyai kenangan tersendiri.

Ku tersenyum. Sendirian.

---------------------------------------------------------------------------

Terawih

Orang kata orang muda ni semangat tinggi. Betul ek? Mungkin betul lah kot. Sebab semangat ke'malas'an tu tetap ada pada setiap orang. Mungkin itu lah yang berlaku pada orang-orang muda sekarang. (Dah bunyi macam orang tua je, kan?) Tapi, tak semua pemuda macam tu.

Ku lihat ramai yang menghadiri solat terawih. Pada rakaat pertama hinggalah rakaat kelapan. Lapan. Itulah bilangan rakaat yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Perlis. Namun masih ada yang mengikut jejak para sahabat Nabi, iaitu 20 rakaat. Dan sesungguhnyaa, tak salah pun kalau mengikuti jejak para sahabat, kerana mereka adalah insan yang dipilih oleh Rasulullah sendiri. Takkan Rasulullah silap memilih sahabat, kan?

Sebut sahaja lapan rakaat, ramai yang mampu lakukan. Tapi pabila ku pulang ke tempat sendiri, yang masyarakatnya mengamalkan 20 rakaat, ku rasa sedikit terkilan. Takde orang nak tanya kenapa? Takpe. Nak bagitau jugak kat sini. Seusai rakaat yang kelapan, ramai manusia yang berpusu-pusu balik ke rumah. Ini termasuk lah aku sendiri. Ya, aku sendiri juga gagal untuk mengistiqamahkan bilangan rakaat bagi solat terawih yang begitu banyak. Begitu banyak? Is what I thought.

Pada satu malam, ku cuba untuk stay di surau berdekatan ini. Lalu ku perhatikan makmum-makmum yang masih stay untuk solat terawih bagi rakaat yang kesembilan hinggalah dua puluh lalu terus menutup malam tersebut denga tiga rakaat solat witir. Ku termenung dan tersenyum sendirian. Lalu ku gagahkan untuk meneruskan solat terawihku. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan pada malam tersebut.

Balik daripada solat-solat sunat tersebut, ku memanjangkan pemikiran ku. Apa yang kulihat dalam perjalanan balik dan tika waktu menyambung bilangan rakaat solat terawih tadi itu, adalah pada segelintir makmum itu tadi. Yang masih stay di surau tadi adalah abang-abang dan kakak-kakak, tak terlupa juga beberapa orang pakcik - makcik. Wow! Tak sangka betul. Tapi, bila difikirkan kembali, ramai sahaja golongan seperti ini yang rajin ke surau atau masjid, pada zaman sekarang ini. Bagaimana mereka dapat melakukan solat yang banyak rakaatnya. Perkara ini membuatkan ku terfikir. Dan hal ini yang membuatkan ku tekad untuk meneruskan solat sebanyak 20 rakaat tersebut. Alhamdulillah. Yang baik kita ikut, yang kurang baik..tahu-tahu sendiri lah ye :)

Oh lupe nak beritahu. Dalam ramai-ramai abang-abang, kakak-kakak, pak-cik - pak-cik, mak-cik - mak-cik, seorang insan yang saya amat yakini dan kagumi ialah, Tokki (Datuk) saya sendiri, dan usia beliau hampir mencecah 90 tahun sekarang ini. Hal ini cukup memberikan kesan pada ku.

Kalau tokki yang tak kurang umurnya itu boleh melakukan ibadat sebanyak tersebut, kenapa aku tak boleh? 

Ku termenung. Sendirian :)

---------------------------------------------------------------------------------------

Imam

Hal ini berlaku tika mana aku di surau berdekatan dengan rumah. Solat 'Isya dan solat sunat terawih secara berjemaah. Sudah lama aku tidak solat di situ. Lama tidak bermaksud berbulan-bulan mahupun bertahun-tahun. Cuma, aku rindu untuk solat di surau itu.

Kala dahulu, ku sering mengantuk dalam solat, lebih-lebih lagi apabila solat terawih. Leceh. Banyak sangat. Kata hati kecilku. Namun tahun ini, alhamdulillah aku tidak mengantuk. Mengapa? Kali ini ku pertemukan dengan seorang imam yang bacaannya cukup ku kagumi. Bukannya beralun-alun, mendayu-dayu seperti kebanyakan imam yang bersuara lunak lagi sedap didengari (kadang-kadang faktor ini yang membuat kemengantukan). Tapi suara imam ini, subhanallah, cukup kuat, cukup bertenaga, dan lancar bacaannya. Meskipun telah bermikrofon, namun beliau tetap membacanya dengan kuat dari awal solat sehinggalah akhir solat witir. Malahan, tiada tanda-tanda beliau penat mahupun suaranya makin rendah pada penghujung solat. Tiada!

Perkara ini membuatku terfikir, bagaimana bacaannya mampu mempengaruhi makmumnya. Dan aku mengaitkan pada diriku sendiri. Sudahlah suara tak sedap, nak beralun-alun tak yah duk mimpi lah, apakah ini satu alternatif bagi diriku seandainya aku menjadi imam suatu hari nanti. Tapi orang tak kata aku terlalu bersemangatkah? Terlalu bisingkah? Wallahu'alam. Akan ku selami bahagian ini dan mencari jawapan pada suatu hari nanti insyaAllah.

Ku termenung. Dan tersenyum. Sendirian :)

Wednesday, August 8, 2012

peringatan...




Iqra'..
Bacalah...
Ayat pertama yang diturunkan Allah swt kepada kita..
Bacalah sepertimana yang diperintahkan olehNya kepada hamba-hambaNya..

Hayatilah makna "Iqra' "...
Banyak hikmahnya...
Jangan biarkan 'orang lain' memahami makna "Iqra' " itu 
dan mengamalkan apa yang disuruh oleh Dia, 
melebihi kita,
umat kekasihNya yang paling disayangi, 
umat Muhammad S.A.W..

-----------------------------------
Rebut peluang selagi ada..
Bacalah banyak-banyak,
Peringatan buat diri ini, dan anda sebagai sahabat...
:')