:: QS ::

***********************************************************************************************

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

********************************************************************************************************************

Wednesday, June 22, 2011

Kisah Si Kecil Ita

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamu'alaikum~

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dapat merasai nikmat-nikmat yang dikurniakanNya, yang juga disertai ujian-ujian melanda, tanda Kasih dan SayangNya Allah terhadap hamba-hambaNya...

Untuk post kali ni, saya hanya ingin berkongsi sebuah kisah yang pernah saya dengar daripada pensyarah saya, diceritakan balik oleh sahabat saya, dan terbaca tentangnya tak sampai lima minit yang lepas... Jadi, kepada pembaca di luar sana, ambillah iktibar, jangan baca terburu-buru, kerana terburu-buru juga antara POINT terbesar dalam kisah ini... Sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik, dan sepertimana dalam kalamNya,

"Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran"
(Surah Al-Asr: 103; 2-3)

**************************************************************************************

Suatu hari Ita terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah,bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.


Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

*****************************************************************************************

Thursday, June 16, 2011

cebisan kehidupan



Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

jadi, setelah sekian lame menyimpan cerita (kononnye.. padahal dah lupe.. hahak), sy pun kembali lah smule.. mungkin ada yg merindui sy (bajet hotstuff.. ptuuii..)...

baeklah.. kali ni sy nk gabungkan post2 yg sy simpan (dalam kepale) n 1st, sy nk crite skit pasal ari rabu baru ni.. event yg paling sy ingat pasal ari rabu baru ni ialah
- kena marah selama 10 minit (lebih kurg).. hahaha

well memg sy akui, sy yg bersalah dan memg patut pun kena marah.. org dah bagitaw pukul 5 sharp nk gerak, yg duk lekeh2 lagi tu apehal.. dah taw nk ke surau tu, bersiap-siap la dlu.. then bile dah solat sume, masuk kete terus je gerak.. ni tidak.. dgn berpelikat lagi lepas balik surau.. org tu dah amik sume brg dah.. last2 meraba-raba cari spek pulak.. adoyaiii..

"engko ni kasi ak satu badan naik hangin taw.. haisyyy"
- yg ni monolog sendiri selepas kejadian.. hihi

pastu org tu dah marah2.. katenye, "takpelah.. susah2 sgt awk duk rumoh jelah", tapi tolong mencari.. huahua.. thanks kerana tolong..

but STILL, xjumpe jgak spek.. mase berlalu gitu aje.. aiseyman.. dah kasi itu org manyak susah laa... oklah.. gua tarak pakai itu spek punye..

"buleh bawak x kereta kalu xpakai spek?"

"buleh je..insyaAllah"

so bergerak lah 'kuda hitam' tu.. bile lalu depan surau je, i think i saw sumthing familiar.. tapi yelah xleh nk kate ap gk.. dah rabun kan.. so confirmkn nanti jelah..

so nk dijadikan cerita, everything went smoothly.. pergi satu tempat, n then kena bawak kereta tanpa spek.. well alhamdulillah xde jadi pape.. cume keberanian tu kurang laa sikit.. yelah.. kot2 la terpijak anak semut ke.. susah hati wooo.. huahuahua...

bile dah balik, sy pun pergi lah surau.. dan ternyata, spek sy ad kat situ.. haiyaa... gua tarak ingat gua ad bawak itu spek ke surau, tapi alhamdulillah gua dapat jumpa balik itu barang.. heh..

anyway... a few morals here (kalu ad sesape nk tambah pun bagus gak)
- kalu dah berjanji or terikat ngan sumone untuk buat sesuatu dalam tempoh tertentu, pandai2 bajet la.. jgn sampai susahkan org laen.. (nk nanges wase tgk pengorbanan tu wpun tgh kena maroh.. hukhuk)
- sesuatu barang tu letak lah ditempat yg sepatutnye.. yg senang diingat dan senang dijumpai (engko tu dah laa cepat xingt, letok laa brg2 kat satu tempat or tempat senang nk jumpe)
- tolong-menolong tu amalan mulia..
- ingatlah kebaikan yg org dah buat kat kite, supaya dapat kite membalasnye one day.. insyaAllah

**************************************************************************************

ok.. second nk citer pasal moon eclipse plak...
haa... time belajar kat sekolah rendah dulu, fasih sgt lah bab2 gerhana bulan, gerhana matahari nih.. (kononnye nk jadi ahli falak.. 'konon lah')

rupe2 nye sy dah tersilap phm tentang moon eclipse nih..
for more than a decade, what i know about moon eclipse is there's no moon when there should be moon.. so, what's the point of looking at it if you can't even look at it? haisyy.. how stupid of me.. tapi takpelah.. Allah dah betulkan ilmu sy tu, dan buktikan kebenaranNya pada semalam..

Actually, pasal semalam, sy xdpt tgk pon.. kononnye nk bangun awal nk tgk, qiam dan macam2 lah.. tapi, apakan daya, minda dah letih, badan pun tak larat (ceyh.. padahal engko x bgn sbb tido lmbt.. hmph)
tapikan, disebabkn event tuh, Allah bukakan hati sy untuk mengenal tentang moon eclipse nih..

"Ya Allah.. lawanye... ruginye ak ni... huuuuuu~~"

yup.. ilmu dah diaccomodate.. rupe2nye proses moon eclipse tu, n the time when it happened, masyaAllah.. tersusun rapi nk habaq hang.. memang lawooo bangat.. (yelah.. dulu kan minat giler2 tentang alam semesta nih.. skrg je duk lagho sgt.. astaghfirullah~)

apa2 pun, sy bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan ak tentang satu kebenaran.. dan bercakap pasal kebenaran nih, banyak lagi yg orang lain 'tersalah paham' pasal agama nih.. dan sy pun alhamdulillah sedikit demi sedikit ditunjukkan kebenaran tu.. but STILL, byk mende lagi kena amik taw pasal kebenarannye.. insyaAllah :)


” Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan Bulan, masing-
masing dari keduanya beredar di dalam garis orbitnya.” Al Anbiya :33

Dan demi sesungguhnya, tidak Allah menjadikan apa yang ada di langit dan di bumi serta yang di antaranya dengan sia-sia, dan sebagai bukti kekuasaan Allah, serta peringatan kepada orang-orang yang berfikir....

*************************************************************************************

ari isnin baru ni, terjadi lah satu kes tergempar dalam kehidupan gua..
masa yg diambik untuk selesaikan kes ini agak lama...
memang perlukan kesabaran yang amat tinggi..
kalu tidak, memang riuh satu kampung nanti...
seriyesly.. kes ni bukan senang untuk dirungkai kemisteriannye..
memerlukan pemerhatian yang teliti dan kesabaran yang menggunung...

nk taw ap kes?

SELIPAR GUA KENA CURI LAA KAT SURAU!!!
eh2.. bukan curi, tersalah amik je sebenornye... ngeh3
ad dua jenis yg samer, tapi kaler hitam n biru (kate xkenal kaler)...
n dat person dah mistook mine punye yg kaler hitam...
well, ap buleh buat.. hitam kan nampak kemas (dah berdebu pun ko kate kemas lagi?! haisy...)

anyway... kejadian tu berlaku selepas waktu Isya'...
then time nk balik tu, tgk2 ad selipar yg kaler biru tu.. cari2 la mane yg gua punye yg hitam tuh... last2 buat deduction, sumone dah 'ter'ambik.. so takpelah...
balik je gune selipar yg biru tu... dah redha lar tu.. tapi kalu selipar tu sama SAIZ, takde laa nk cari balik selipar gua tu.. ni selipar tu 'agak' kecik skit daripada kaki gua... so, SABOW jelah dgn ketidak selesaan itu... menghala nk balik rumah tu, dah nekad la dalam hati...

"kalau tak ketemu barang itu dalam masa tiga hari, gua lepaskan jelah.. maybe rezeki dia..."
dan selipar dia tu gua tinggal je kat surau tu...

dah masuk hari kedua.. selipar gua tetap tak kelihatan.. gua pun duk kira-kira lah duit yg ad dalam bank untuk pegi beli selipar baru.. duit tinggal rm1* je lagi.. ad ke selipar less dan dat? haisy... then sebelum Isya' hari ketiga, alhamdulillah ~ gua jumpe balik selipar gua tu.. yg jadi kebimbangan ialah, selipar dia yg gua tinggalkan kat surau tu dah hilang ntah ke mane.. so gua amik selipar gua tu, letak kat laen dlu... lpas solat tuh, gua pun tggu laa nk tgk sape akan amik selipar gua tu.. lepas my father came, dia pun ajak balik... so kes ni pun tutup camtu je..tanpa mengetahui siape yg tersalah amik tuh.. dan tanpa mengetahui nasib dia balik macam mane... alaahh.. sy pun bersusah gak dlu.. hehe...

ok.. so few morals di sini:
- never take other's belongings without their permission.. kalu 'ter' tu, cepat2 laa mintak maaf dan gtaw ap salah yg dah bwat.. in my case, sy maafkan jelah.. hehe
- kena lah selalu bersabar... sbb sabar ni, menjauhkan kita dari melakukan sesuatu yg buruk dan akibat2 keburukan itu..serta mendekatkan kita dengan Allah.. sbb untuk bersabar, kita akan ingat Allah selalu, dan Dia tidak akan jadikan sesuatu kejadian itu, melainkan ad hikmah disebaliknye...
- simpan lah duit byk2.. mane taw ad kes emergency camni, buleh la beli yg baru.. takkan nk balik perlis ngan kaki ayam je kn? hahaha


ok... banyak lagi nk cerite sebenarnye.. tapi next time lah plak... insyaAllah..
kalu tak nak bace pon takpe, amik jelah moral values... tapi nk amik tu, confirm kena bace jgak kn.. wakakaka :D

well mlm ni plak... kalu idea datang mencurah, tangan larat menaip, mata mampu menghadap skrin, dan.... (dah2 la.. kalu malas tu kate jelah malas.. tapi takleh malas, rajin kn laa diri tu.. nanti ad org marah.. hahaha)

wallahu'alam :D ~

Wednesday, June 15, 2011

Women And Lollipops





" A Muslim woman, when they look into the mirror, they make sure they cover their aurah, they wear properly just to please Allah! Yeah! We are so unlike those women in the street who try very hard to attract men! Anyway, what for?...

Dear women, your beauty is exclusive.

YOU ARE NOT A DOLL - Being played by innocent HANDS up to " EVIL ONES' HANDS"...

YOU ARE NOT GONNA LET PEOPLE JUDGE YOU as to what they see that might be wrong as you are not contented with what you seem to be!

YOU ARE YOU! And yeah, God knows that and isn't that enough??? Do you still need people to tell you that you are pretty by exposing yourself?!

Trust me! You don't have to do that...

LOLLIPOPS

Here's a few lollipops for you...

You are unlike those unwrapped lollipops that will get rotten sooner or later, but you are like those lollipops that are nicely wrapped. People wanted to have lollipops and they surely not gonna buy those unwrapped ones. They surely wanted to have the 'wrapped' ones. It's just that they really have to put on some efforts to have the 'wrapped' lollipops because they are more 'expensive' than those 'unwrapped' lollipops...

You are not gonna to buy the unwrapped one, are you???...

Bear this in mind,

" YOU ARE BEAUTIFUL"

YES. YOU AND I KNOW THAT.

SO WE DON'T NEED ANYBODY TO TELL US WHAT 'BEAUTY' IS.

FOR 'BEAUTY' IS TOO SUBJECTIVE.

LET ME TELL YOU THAT EVERYONE IS BEAUTIFUL. YES! EVERYONE.

SO, ISN'T THIS ENOUGH?

"PLEASE...LOVE YOURSELF"

BE THE WRAPPED LOLLIPOPS, NOT THE UNWRAPPED ONE.

Dear sisters that I love for the sake of Allah, I'm writing this to show that I DO CARE ABOUT MY SISTERS IN ISLAM and those who seek for HIS GUIDANCE=the truth (May Allah guide them!). May we meet again in Jannah! Insha Allah.

Wassalam...


Source: http://www.iluvislam.com/english/lifestyle/luv-a-teen/574-women-and-lollipops.html

Real source: www.just4muslimah.blogspot.com

Monday, June 13, 2011

ku terlupa kehadiranmu adalah keranaNya

wahai engkau,


insan yang bergelar

kawan,

teman,

dan sahabat....



andai aku mendekatkan dirimu dengan Allah,

sama2lah kite mengejar SyurgaNya..



namun, jika aku menjauhkan dirimu dari Allah,

maka engkau nasihatlah aku,

dan jika tiada hasilnya,

maka tinggalkan lah aku,



agar aku insaf dan kembali padaNya

dan mengutamakanNya lebih dari mu

kerana kehadiranmu adalah anugerah dariNya

agar sentiasa menghargai, mensyukuri, dan mengingati

terhadapNya yang Esa :')