:: QS ::

***********************************************************************************************

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

********************************************************************************************************************

Wednesday, January 25, 2012

pak cik itu...


Dalam menunggu waktu iqamah, aku berdiri dan memerhati dari tingkat atas surau.. Sambil melayani suasana Maghrib yang begitu dingin dan nyaman, kelihatan sebuah kereta menghampiri surau dua tingkat ini.. Dapat dilihat, dua orang di dalamnya..


Gambar Hiasan

Si driver adalah seorang perempuan, manakala di sebelahnya seorang lelaki tua.. Si lelaki tua turun dari kereta tersebut dan terus memasuki surau.. Manakala si perempuan meninggalkan kawasan surau dan terus pulang ke rumahnya..

Aku kenal si lelaki tua itu, kerana dia jiranku.. Malahan, dia selalu jadi imam kat surau ni... Bacaannya takdelah berlagu-lagu, tapi aku suka mendengarnye.. Cume, semenjak duamenjak ni, dia dah kurang aktif.. Yelah, manusia mane yang makin lama hidup makin tak berusia..


Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). 
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dah beberapa kali aku perhatikan keadaan yang sama.. Dan kali ini tertimbul satu perasaan di hati ini..

- Pertama, pak cik tu dah tua.. tapi semangat ke surau tak pernah luntur..
- Kedua, perempuan yang selalu hantar dia ke surau tu.. Tak kira lah perempuan tu anak dia atau menantu dia, dia telah melakukan tugas dengan baik.. berbakti kepada bapa/ mertua..

Gambar Hiasan



Takde perkataan lain yang datang menerjah fikiranku melainkan RESPEK..

Respek kepada pak cik tu kerana masih mendambakan cintaNya dalam berjemaah..

“Jika kamu lihat seorang lelaki selalu berulang-alik ke masjid, maka saksikanlah untuknya dengan iman (yakni akuilah bahawa ia sememangnya seorang yang benar beriman)”. 
(Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abi Sa’id r.a.)

Respek kepada si perempuan yang sanggup berkorban menghantar pak cik tersebut mendapatkan cintaNya..
- jika si perempuan itu adalah anaknya, maka beruntunglah si pak cik itu kerana berjaya melahirkan anak yang sanggup menghantarnya ke rumah Allah berulang kali tanpa meluahkan rasa penat dan jemu..
- jika si perempuan itu adalah menantunya, maka sangat beruntunglah pak cik itu kerana bermenantukan orang yang memahami beliau.. Bukan senang nak cari menantu yang memahami dan mengikut kehendak mertua (dalam konteks solat berjemaah) ini..

Dan demi sesungguhnya,


Jadi, anak/ menantu yang soleh/ solehah mestilah berbakti kepada ibu dan bapa... Dalam konteks menolong orang, tidak menghalang seseorang untuk melakukan kebaikan adalah satu kebaikan..

Teringat adegan dalam cerita Budak Kelantan.. kawan si A ( si C) ni baik orangnya.. menjaga solat.. tapi ada satu masa tu, dia baru sampai KL (kalu tak silap lah).. tup tup waktu 'Asar dah nak habis.. si A ni banyak wat jahat.. tapi atas dasar kawan lama, si A ni menjemput kawannya tu menaiki kereta bersamanya..
Disebabkan waktu dah suntuk , si C ni pun beritahu pada si A untuk singgah mana-mana surau atau masjid untuk solat.. si A pada mulanya keberatan, tapi mengiyakan jugak permintaan kawan lama nya itu.. so, berhentilah mereka di tepi jalan, dan si C pun pergilah solat di surau berdekatan..
Kemudian seorang lagi kawan yang dalam kereta bersama si A (si B) ni tanyalah si A kenapa nak tolong.. then, si A pun jawab dan bunyinya lebih kurang camni (dah tak berapa ingat dah..)

"Kita ni bukannye orang yang baik.. tapi kalu dah ada orang nak wat kebaikan, 
kita takyah laa halang.

So, sekali lagi ditegaskan di sini, tidak menghalang seseorang yang ingin melakukan kebaikan, adalah satu kebaikan...



Tentang si perempuan kenapa hantar je, x ikut sekali?
- Wallahu'alam.. lebih baik berhusnuzzon.. kerana perempuan barangkali ada sebabnya, malahan jawapan itu hanyalah terletak dalam keluarga mereka.. Beware! Jagalah tepi kain sendiri, dan always husnuzzon...

Dan perempuan adalah lebih baiknya solat di rumah, namun yang mengikuti solat jemaah itu adalah akhlak yang teramatlah dipuji dan dipandang tinggi oleh Allah S.W.T.

InsyaAllah :)

4 comments:

Nia Ridzwan said...

tentang memudahkan urusan orang;

Dari Abu Hurairah ra berkata, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, 'Barangsiapa menghilangkan kesulitan seorang mu'min di dunia, maka Allah akan melepaskan keslutannya pada hari kiamat. Barangsiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Dan barang siapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali ketentraman akan turun kepada mereka, rahmat akan memenuhi mereka, malaikat menaungi mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan makhkluk yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang terlambat amalnya, maka nasabnya tidak akan mempercepat (nasibnya)” (HR. Muslim)

- cS - said...

syukran atas hadith yg diberikan..
semoga kita tergolong dalam ciri-ciri mukmin seperti yg dinyatakan dalam hadith tersebut..
insyaAllah :)

Anonymous said...

:) :3 :D

gambar2 hiasan cantik














::ummu aisyah::

- cS - said...

haha... syukran :D :)