Orang kata
tugas 'Bendahari' ni
Senang...
kena fikir
bab duit jer...
takyah fikir
bab laen dah...
Orang kata
tugas 'Bendahari' ni
Menakutkan,
sebab
kena pegang
duit yang banyak..
Kalau tetibe
tak cukup atau hilang,
Lekas-lekaslah
gali kubur, terjun masuk dalam...
Hahaha...
Okay, tak lawak..
Orang kata
tugas 'Bendahari' ni
payah...
sebab amanah
tu,
tersangat
lah berat untuk dipikul...
Yelah,
sepertimana yang di atas tu,
kalau tak
cukup or hilang,
Confirm... kena tanya macam-macam...
Confirm... kena kutuk sampai mati (okay.. xdelah extreme sebegitu)
Confirm... kena Ganti Balik...
Adohaiiiii~
Berat,
berat, berat!!!
********************************************************************
Amanah yang
diturunkan kepada kamu,
InsyaAllah
Dia akan membantu kamu..
Manakala,
amanah yang kamu pinta,
maka kamu
berusahalah dengan sendiri,
namun jangan
sesekali mengenepikan Dia,
kerana Dia
lah yang menentukan
dan memudahkan segala sesuatu urusan...
*********************************************************************
Sebenarnya,
kalau sesuatu tu kita FIKIR ianya baik,
then BAIK lah
ia, bergantung pada bagaimana kita membawanya....
Kalau kita
FIKIR ianya susah, berat, buruk, dll,
maka
susahlah kita nak lakukan kerja tersebut,
dan rugilah
kita kerana terlepas peluang untuk berbuat ibadah..
Lagi cantik
kalau ibadah itu dilakukan berserta IKHLAS..
ya,
ikhlaskan diri masing-masing,
meskipun
sukar dalam situasi dunia sekarang...
Macam mana
nak berfikir 'BAIK' melalui BENDAHARI?
Well.. ada
seorang sahabat tu, dia kata, dia ni banyak betol tugas... Lebih-lebih lagi
jadi 'bendahari' ni... Tapi, dia tak merungut sepertimana biasa yang kita
dengar, sebab dia tahu, merungut tak membawa dia ke mana-mana..
Dia kata,
jadi bendahari ni banyak gak faedahnya..
Antaranya,
1.
Mengetahui hakikat TANGGUNGJAWAB itu memang berat...
2. Dapat
mengenali ahli-ahli persatuan (Yup.. Ukhuwah terjalin.. Tak sangka!)
3. Belajar
erti pengurusan, walaupun sukar... hoho...
4. Banyak lagi... Hehe..
alamilah sendiri ya :)
Nak
highlight-kan point kedua tu..
Dia kata,
tak pernah pun seumur hidup ni, dia melaksanakan tugas bendahari dengan ada
rasa positif.. Dulu, dia pernah pegang, dan itu pun, kutip tak kutip jer, sebab
diri sendiri kurang komitmen, dan orang lain pun begitu juga..
Tapi
baru-baru ini, dia dapat mengenal ahli-ahli persatuan, yang juga jiran-jiran
dia, tapi tak pernah bersembang pun.. So, pada waktu kutip wang setiap ahli,
dia pergi bilik ke bilik, nyatakan hasrat, dan DAPAT bersembang.. Syok betol,
katanya.. Yelah, selama ni kalau berjumpa pun, just bagi salam and then
AWKWARD.. sekarang, bile bertegur tu buleh bersembang macam-macam lagi.. bukan
di hostel sahaja, malahan di waktu lain...
So,
begitulah, kemanisan Ukhuwah, dan TANGGUNGJAWAB...
Kadang-kadang,
Allah mempertemukan hamba-hambaNya melalui 'tanggungjawab'..
Bila dua
hati telah bertaut, maka terjalinlah Ukhuwah,
dan
InsyaAllah, step by step, melalui atas Jalan-Nya...
Jadinya, tak
kiralah amanah apa pun yang anda pegang, jika disertakan dengan Allah, maka
mulialah pekerjaan anda tersebut...
Lawak pulak bila teringatkan,
bila Ketua Blok tanya,
Okay siapa calon untuk 'Bendahari'?
Lalu warga Blok Sena II menjawab beramai-ramai,
DAHARI..
berikutan dengan namanya iaitu
benDAHARI...
sekian, wassalam :)