:: QS ::

***********************************************************************************************

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

********************************************************************************************************************

Tuesday, March 13, 2012

susah btol...ke?



Orang kata tugas 'Bendahari' ni
Senang...
kena fikir bab duit jer...
takyah fikir bab laen dah...

Orang kata tugas 'Bendahari' ni
Menakutkan,
sebab
kena pegang duit yang banyak..
Kalau tetibe tak cukup atau hilang,
Lekas-lekaslah gali kubur, terjun masuk dalam...
Hahaha... Okay, tak lawak..



Orang kata tugas 'Bendahari' ni
payah...
sebab amanah tu,
tersangat lah berat untuk dipikul...

Yelah, sepertimana yang di atas tu,
kalau tak cukup or hilang,
Confirm... kena tanya macam-macam...
Confirm... kena kutuk sampai mati (okay.. xdelah extreme sebegitu)
Confirm... kena Ganti Balik...

Adohaiiiii~

Berat, berat, berat!!!


 ********************************************************************

Amanah yang diturunkan kepada kamu,
InsyaAllah Dia akan membantu kamu..
Manakala, amanah yang kamu pinta,
maka kamu berusahalah dengan sendiri,
namun jangan sesekali mengenepikan Dia,
kerana Dia lah yang menentukan 
dan memudahkan segala sesuatu urusan...

 *********************************************************************

Sebenarnya, kalau sesuatu tu kita FIKIR ianya baik,
then BAIK lah ia, bergantung pada bagaimana kita membawanya....

Kalau kita FIKIR ianya susah, berat, buruk, dll,
maka susahlah kita nak lakukan kerja tersebut,
dan rugilah kita kerana terlepas peluang untuk berbuat ibadah..

Lagi cantik kalau ibadah itu dilakukan berserta IKHLAS..
ya, ikhlaskan diri masing-masing,
meskipun sukar dalam situasi dunia sekarang...

Macam mana nak berfikir 'BAIK' melalui BENDAHARI?

Well.. ada seorang sahabat tu, dia kata, dia ni banyak betol tugas... Lebih-lebih lagi jadi 'bendahari' ni... Tapi, dia tak merungut sepertimana biasa yang kita dengar, sebab dia tahu, merungut tak membawa dia ke mana-mana..
Dia kata, jadi bendahari ni banyak gak faedahnya..

Antaranya,
1. Mengetahui hakikat TANGGUNGJAWAB itu memang berat...
2. Dapat mengenali ahli-ahli persatuan (Yup.. Ukhuwah terjalin.. Tak sangka!)
3. Belajar erti pengurusan, walaupun sukar... hoho...
4. Banyak lagi... Hehe.. alamilah sendiri ya :)

Nak highlight-kan point kedua tu..

Dia kata, tak pernah pun seumur hidup ni, dia melaksanakan tugas bendahari dengan ada rasa positif.. Dulu, dia pernah pegang, dan itu pun, kutip tak kutip jer, sebab diri sendiri kurang komitmen, dan orang lain pun begitu juga..

Tapi baru-baru ini, dia dapat mengenal ahli-ahli persatuan, yang juga jiran-jiran dia, tapi tak pernah bersembang pun.. So, pada waktu kutip wang setiap ahli, dia pergi bilik ke bilik, nyatakan hasrat, dan DAPAT bersembang.. Syok betol, katanya.. Yelah, selama ni kalau berjumpa pun, just bagi salam and then AWKWARD.. sekarang, bile bertegur tu buleh bersembang macam-macam lagi.. bukan di hostel sahaja, malahan di waktu lain...

So, begitulah, kemanisan Ukhuwah, dan TANGGUNGJAWAB...
Kadang-kadang, Allah mempertemukan hamba-hambaNya melalui 'tanggungjawab'..
Bila dua hati telah bertaut, maka terjalinlah Ukhuwah,
dan InsyaAllah, step by step, melalui atas Jalan-Nya...



Jadinya, tak kiralah amanah apa pun yang anda pegang, jika disertakan dengan Allah, maka mulialah pekerjaan anda tersebut...


Lawak pulak bila teringatkan,
bila Ketua Blok tanya,
Okay siapa calon untuk 'Bendahari'?
Lalu warga Blok Sena II menjawab beramai-ramai,
DAHARI..
berikutan dengan namanya iaitu
benDAHARI...

sekian, wassalam :)

2 comments:

Anonymous said...

hmm...malas lah nak komen..ekekeke~




::ummu aisyah::

- cS - said...

hahahak :D