:: QS ::

***********************************************************************************************

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

********************************************************************************************************************

Tuesday, August 30, 2011

fiRst dAy of sYawaL

This pic is credited to Tekno-Daie

Alhamdulillah.. selesai sudah hari raya pertama.. tajuk post kali ni pun xbermakna tiap2 hari ak nak crite pasal syawal kan.. hehe.. esok tak taw lagi nak beraya ke mana.. maybe keluarga dah ada plan tersendiri.. if so, i follow da flow jelah.. if not, i have my own plan nk gi jalan2.. hehe



Ok.. so because dis is my blog, so saje la nk cite sket pengalaman ari ni.. before start p.a.g.i raya, sy ingat lagi, after midnight, i was having some bla bla bla wif a friend of mine.. dari awal lagi duk suh tido, tapi dia sendiri xmo tido.. haa kawan.. konfem naek jerawat laa muke engko nanti.. wahahha.. ok2. mintak dijauhkan belake tuh.. anyway, in the mean time, i was doing a new post.. it was about, "manusia dan ragamnya".. peerghh.. dah panjang sangat syu taip, suddenly at time 3.33 am, laptop ter-off sendiri.. si blog ni plak dari tadi takleh nk save ke draft sendiri... adoi laa.. seriously, ridiculously tension la semalam.. dah taip panjang2, n then G.O.N.E... huh.. sabor jelah ye~ so moral of da story here? ntah laa lu pikir sendiri la ye.. wa kena manyak bersabar... hohoho

ok... then bangun pagi.. (alhamdulillah diberi kesempatan untuk menemui pagi Syawal).. dah bangun, siap2 solat, then duk lepak kat ruang tv sekejap.. duk tgk mesej kot2 la ad orang wish raye ke, wish good night ke, wish pegi mampos ke.. ha.ha.ha.... anyway, lepas lame sgt duk lepak, kul 7.30 am, pegi la turun, tgk kat dapur, kot2 ad pape buleh tolong.. bile dah turun je, aiyaa.. wa kena marah pulak.. ibarat nye, wa balik umah ni, tak bergune laa sebab tak tolong pape (actually just lambat turun, so org dah abis wat persiapan dah).. haiyaa.. naik angin satu badan.. tapi sabor jelah.. takkan nk tengking2 kan.. tak mature la org kata nanti.. so terima kritikan tersebut, berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik, agar dapat tolong orang dan memudahkan orang lain pada masa kelak.. insyaAllah..

then pegi solat raya (agak lewat laa jugak pegi..aiyaak.. apsal ari ni cam ad 'bad things' je yg happen..huh).. pas solat raye, pegi umah nenek.. oh before dat.. seperti tahun-tahun yang lepas.. ad sesi salam-bersalaman, sesi bermaaf-maafan.. hehe.. i likee~

Umi, abang mintak maaf sangat2.. huhu

Seriyesly i like this pic.. hehe ;)

One big whole family

so kami pun bertolak ke rumah nenek (sebelah mak) di bukit payung.. dua buah kereta derr.. skali skale.. wahahaha... makan nasi minyak and nasi dagang.. Tahniah tok.. kalu tok bace blog ni, apik nk ucap memang sedap ah hok tok bwat.. hehe... ok.. then sepatutnye ad sesi bergambar dengan seluruh keluarga adik-beradik mak.. tapi, ntah lah.. takde sape ingat kot.. sebab tu tak tangkap gambar the whole big family.. papepon, i ad lah snapped a few.. gelenya, alang2 dah bwak kamera.. wahahah

Di rumah nenek, bukit payung

My uncle, Che Li with his youngest daughter (Irdina ke Ihdina xingat plak.. haha)

Juara comel.. hehe

later on.. kami bergerak ke rumah tok sedara (adik nenek), then balik umah nenek smula, rehat2, pastu balik.. raye kali ni takdelah cam raye2 yg lepas.. tapi ntah knape, sy rase kan, indah nye Syawal tahun ni.. padahal baru sehari.. hahaha (tak lawak pun sebenarnye kan.. haisy)..

dah balik rumah, petang tu ada sedara mara yang datang, sambut mereka dgn baik, then err... sy ter..t.i.d.o.. haisy.. nak kate letih, takdelah letih mane, tapi maybe letih sbb gocos ngan adik tadi.. haha.. m.e.s.r.a la kata kan.. hehe...

usainye waktu petang, maka masuk lah waktu malam.. azan maghrib berkumandang.. ya Allah.. sy fikir-fikir balik, tentang khutbah raya pagi tadi, tentang amalan sy selama ni, huuuu banyak nye perkara yang dah ter-miss.. banyak nye dosa yang dilakukan.. amik air sembahyang, pegi surau, solat, then balik, buka Kalamullah, bace.. alhamdulillah tenang balik hati ni... sedih sero.. huhu.... time malam tadi, ada lagi sedara mara yg datang.. so macam biasa lah.. hehe

now, it comes to an end.. i've talk to my 'aibo' and harap2 sangat projek kali ni menjadi... ye dah suh download 5 movie sebagai bayaran, n dia bagi satu kotak air 1malaysia (actually ye lupe nk wat balik je.. esok dah nk expired air tu.. so rezeki i la tu kan.. haha).. insyaAllah, i'll get da result, and i'll do my best.. :)

peace out.. hehe ;)

Sunday, August 28, 2011

...it'S rAiniNg...



Ok.. dah lama sangat pasal hujan ni..
dah janji (ke x?), ap buleh bwat...
so here it goes...

*************************************************************************************

Aku suka sangat hujan...
Bilamana ak melihatnye, ak teringat kenangan dahulu..

Ak duduk di atas bumbung,
sambil melihat, melayan, mendengar,
cucuran air hujan yang jatuh dari langit...
ia membuatkan ku berfikir
tentang banyak perkara
perkara-perkara yang sudah ku lupai juga
turut menerjah ke dalam fikiran
walhal hanyalah kerana hujan

kadang-kadang
kenangan yang lepas
hampir membuatku
menitis air mata
mengapa ak buat begitu,
ap silap ku hingga menjadi begini,
ak xsepatutnya buat perkara sedemikian
namun, ku lihat langit kembali
air yang turun takkan kembali ke atas
dan setiap titisan yang turun itu,
ad manfaatnya
maka siapalah ak
untuk menghakimi takdir Ilahi
berikutan tindakan yang telah ak lakukan
pada zaman yang silam

Dia lah penurun hujan This pic is credited to Tekno-Daie
Israfil perantaranya
Hujan amat bererti bagi ku
kerana ia membuat ku muhasabah diri
diri yang penuh dengan dosa dan noda
oh Ya Allah...
Ampunkanlah hamba Mu ini
Tanpa Maghfirah dan kasih sayang dari Mu,
takkan bisa sekalian makhluk memasuki syurga Mu,
apatah lagi ak yang tersangat banyak melakukan dosa,
hari demi hari,
bulan berganti fasa nya,
dan tahun bersilih ganti..

Ak suka sangat hujan...
Cuba dengar baik-baik
Air hujan yang turun
tak kira lah jatuh ke atas atap ke, tanah ke, jalan ke,
to me,
it's like a rhythm
that plays slowly to my ears
even if it rains heavily
the sounds
the melodies
that it makes
really soothes my heart
it makes me feel calm
and be appreciative
to everything
and everyone

Wahai manusia
kenapa selalu mengeluh
tikamana hujan turun mencurahi bumi
bukan kah ianya satu rahmat
gunalah akal kalian
setiap kejadian Nya itu ada sebabnya
bahkan bala pun
ada yang tersiratnya
fikirlah
renunglah
dengarlah
hayatilah
h.u.j.a.n
yang
Dia turunkan
bukanlah sekadar satu perkara yang sia-sia
namun,
untuk dijadikan petunjuk
bagi mereka yang berakal...

(bersambung...?)


Maaf.. saya jatuh cinta pada awak bukan kerana Allah, tetapi kerana syaitan...



This pic is credited to Bay Bort

Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?

Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.

Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?

Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?

Alice: Tapi..

Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.

Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?

Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)

Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?

Lelaki B: Saya...saya...

Alice: Kenapa? cakaplah..

Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..

Alice: sebab?

Lelaki B: Perlukah bersebab?

Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..

Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.

Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?

Alice: Why not? Awak cintakan saya?

Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.

Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?

Lelaki C: (hanya mampu tunduk)

Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..

Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.

Alice: (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.

Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?

Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian.

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?

Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.

Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.

Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.

Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)

Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??

Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)

Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..

Alissa: Hum.. akhirnya...

Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?

Alissa: Ya.

Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)

Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.

Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?

Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Alice...(terharu..)

Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..

Akif: Sebab?

Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)

by: iera sukri

taken from fb by Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه on Thursday, November 4, 2010 at 4:28pm

this pic is credited to Cahaya Pemimpin Tertinggi

Monday, August 15, 2011

................. (2)



Tolong jawab soalan aku buleh tak?!

Bile engko nak rajin nie?!!! (okay fullstop..)

Sunday, August 14, 2011

...............................


seriyesly kena buat penambah baikan, and reset balik setting yang ntah pape...
huh...
insyaAllah 'dat' day will come

Kotak Kasih Untuk Ayah




Bismillah..

Bace jangang dok bace...

Seriously best...

hehe :)

*****************************************************************************************************************

Suatu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bung

kusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan sangat manja, meminta satu gulung kertas tersebut.

"Untuk apa?" tanya si ayah.

"Nak bungkus hadiah." jawab si kecil.

"Jangan dibuang-buang ya." pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah........ ada hadiah untuk ayah."

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah.... nanti-nanti saja."

Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, ayah, bangun ayah, dah pagi."

"Eh... kenapa ganggu ayah... masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun."

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.

"Hadiah apa ni?"

"Hadiah hari jadi untuk ayah. Bukalah yah, buka sekarang."

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun.

"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-

buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu."

Si kecil menjawab, "Tak Ayah....., ada isi tu... Tadi kan, Puteri masukkan banya

k ciuman untuk Ayah."

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

"Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.

Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong, Puteri isi lagi tau!"

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

***************************************************************************************************************************************************


Mesej tersirat:

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.

Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.

KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari "fikiran" anda sendiri.

Dunia tak pernah sempat dgn penghuninya yang ramai,tetapi yang ada cuma manusia yang sempit fikirannya.

Sebagaimana kita memandang dan menilai hidup demikianlah kehidupan kita.

Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana kita memberikan erti kepadanya, memberikan seribu satu makna kepadanya.

Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong.

Corakkan hidup ini dengan warna-warni kehidupan.

****************************************************************************************************************

My Family...

Sayang, sayang, sayang,

Semakin terpisah...
cinta kita semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh



p/s : dok sabor wey tggu ari Rabu ni.. cuti tu~ wahahaha

Sunday, August 7, 2011

Garu Kepala ~



(Gambar hanyalah sekadar hiasan)

Salam...

Today
just wanna tell
there's something bothering me
and it's about 'her'

That day
She was never she
She's very cold
Towards me
and everyone nearby
I dont know what happened to her
I wish I knew
but what can I do
I cant even look at her face that day
So I just hear and do what I have to do
Later she left
Just like that
Makes me wonder
Why she's like that

Later in the evening
I went for an event
Never thought she was there
But the thing is
She's SMILING at me
Oh My God
Her smile is very SWEET looking
I don't know what else can I think of
I've a talk with her
without mentioning
why she behaved like 'that' a few hours before
and I left her with a smile
and she was still smiling...

It's still bothering me
Why she's like that before
and why she's like that after
But i will never ask
because it's ends with a good ending
and hopefully, it will continue be like that
regardless anything that may influence...