:: QS ::

***********************************************************************************************

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

********************************************************************************************************************

Wednesday, January 2, 2013

it was back then. so what about now?

- credited to the manga itself -
Sambil-sambil duk bace manga, tetibe terbaca satu dialog bawah ni.. Dan terus terbuat post ini.. Alang-alang masih segar ni.. Huahuahua :D :)

Cuba bayangkan, bile anak engkorang sebut something like this...

"Daddy said cigarettes are bad and that I should stay away from them. But he also said he used to smoke them when he was younger.

So back then daddy was bad too."

t.f : Yotsubato!
-----------------------------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang kite tak perasan yang merokok ni melibatkan banyak pihak. Sebab nanti kite akan ada isteri, kite akan ada anak, dan seterusnye. Jadi kenapa tak amik inisiatif untuk nekad dan berusaha untuk tidak menyusahkan pihak-pihak yang ada kaitan dengan kite mahupun yang akan ada kaitan dengan kite.

Memaafkan itu amalan terpuji. Mungkin kite perlu take-a-minute untuk berfikir dan...memaafkan diri kite sendiri.. Yelah, dah nama pun tak jaga badan sebab merokok, kan?

Fight for right for yourself and others

Okay.. hal ni bukan pasal merokok je, yang lain-lain pun ada kaitan jugak. As for me myself, and this body of mine.. hmm..

# I may sound hypocrite, but you who says that to me, what is it of you? A sinless?
# Tak pernah terlambat untuk berubah.

----------------------------------------------------------------------------------------------


Let your child be proud of you.
Selamat Tahun Baru 2013...

Monday, December 24, 2012

mungkin tak sedar.. bukan dari si dia..


Sekali kita membenci seseorang, 
secara sedar mahupun tidak (kadang-kadang ada yang tidak sedar sedang membenci),
di saat itu juga kita menutup pintu
untuk bersangka baik terhadapnya...

...dan juga pintu untuk dia bersangka
baik terhadap kita. Apa yang tinggal
hanyalah permusuhan yang kekal.

Malang sekali, 

benih dan penyubur terhadap segala kebencian ini 
sebenarnya bukannya dari si dia...

Tapi daripada kejahatan amalan MENGUMPAT itu sendiri,

tak kira disedari mahupun tidak...
Pemusnah silaturrahim yang sejati ~ :(

copypasted.

Gambar hiasan

Tuesday, December 18, 2012

dua.satu.

Lagi empat hari, genap sebulan daripada ulang tahun kelahiran aku..
Yang mana aku sekarang berusia 21 tahun...
Alhamdulilah syukur..

Teringat perbualan dengan ahli keluarga bila ditanya nak hadiah apa..
"Emm.. Dok tahu lah.. Dok berase nok mende agi deh pong.."
Itulah jawapan biasa yang ku berikan,
kerana tahun ni aku tak merasakan nak apa-apa,
dan kebiasaannya tak ditanya pun, just pegi makan beramai-ramai..
oh betapa syoknya bila makan dengan semua ahli keluarga..
Menghargai... 
kerana aku punya famili yang begini :)

Namun seringkali didesak oleh abah, adik, dengan soalan2 yang sama..
Sehingga lah aku berkata,
"Hmm.. nak cincinlah.."

- Sekian -






thanks 
kepada semua yang wish, 
yang mendoakan, 
dan yang memberikan hadiah..
moga kebahagiaan sentiasa kekal,
antara kita bersama...
thanks you all
(^_^) \/

Thursday, November 15, 2012

Hmm.. Jemput kahwin?

Ehem..

Nak kahwin, bukan senang.. 

Itu lah yg selalu diperkatakan masyarakat sekarang..
Tapi bagi aku... memang tak senang pon.. Cume, jgn lah merumitkan.. pliss~
Semoga Allah permudahkan.. ngeh3

Okay.. bukan nak kate aku dah nak kahwin ke ape (well..i do want to get marry), cume nak cakap satu perkara sahaja yang biasa orang zaman sekarang tak sedar.. kalu yang sedar tu, hebat lah.. dah boleh menikah lah kot.. jangan lupe jemput ye.. hehe


Perkahwinan.. 

Kalau ikut cara Islam, mudah sahaja.. Memenuhi rukun-rukun nikah, dah boleh sah suami isteri.. Tapi masalahnya sekarang ialah, jemputan.. Ya, jemputan.. Islam menggalakkan menyegerakan nikah.. Islam juga menggalakkan Walimatul 'Urus (Kenduri) untuk menghebahkan pada orang ramai berita gembira tersebut.. Sape tak gembira kalau ada kenduri.. si suami dan isteri sah-sah lah gembira.. Yang lain pun tumpang sekaki... Yang takde kaitan pun, at least dapat makan free.. So, semua orang bergembira.. Dan adalah satu perkara yang amat bagus kalau dapat gembirakan orang ni.. Haa, macam tu~


Baiklah, berbalik pada topik asal;
Jemputan.. 

Siapa yang nk dijemput? Of coz lah orang-orang yang kita sayang.. Kawan-kawan sekolah, kawan-kawan tempat belajar, kawan-kawan tempat bekerja (kalau dah bekerja), kawan-kawan sekampung, jiran-jiran, keluarga sebelah ayah, sebelah mak, sebelah mertua kiri kanan.. And then?  Ohoi! Ayah dan mak pun nak jemput kawan-kawan jugak!! Haa.. So, boleh bayangkan ramai mana tak? Boleh? Takleh? Alaa.. Boleh la, deh?


Sooooo....
Amacam? 

Orang nak menikah awal.. Tapi nak dijemputnye ramai.. Jadi, ada yang buat majlis akad dengan kenduri asing-asing.. Well, boleh la selesai masalah, kan? Ooopss.. Not yet! Haa.. Sila baca perenggan yang seterusnya ya...

 

Baiklah.. Bila sebut pasal majlis akad, sape yang kita nak jemput? Sama lah jugak kan? Orang-orang yang kita sayang, yang kita rapat.. Tapi... Ramai tu... Dan banyak tu.. So, nak save money, ajak sikit-sikit je.. Bahagian-bahagian keluarga je.. Yang lain, kite jemput time kenduri nanti.. Haa.. Senang je kan? Eheh?? Betul ke senang macam tu je? Tak rasa mulut-mulut akan berbunyi ke? 'Ish apsal dia tak ajak aku.. Aku besfren dia kot selama ni' 'Alahai macam ni lah kawan.. Kata time nikah nak ajak aku.'...
Haa.. nampak tak permainan segala tu? Haa.. itulah antara perkara yang merumitkan.. Seandainya semua orang boleh faham yang 'jemputan itu' kalau boleh, dihulurkan pada semua.. Namun, tangan hanya ada dua.. Dengan bakal isteri, boleh lah dikira empat tangan.. Point sebenar kat sini adalah.. tak mampu.. Dua insan tak mampu untuk menjemput semua.. Even dengan bantuan keluarga sekalipun.. Jadi, tak ke sedih kalu camtu? Huu.. weyh, sedih lah weyh.. Adohai~

Fahamilah...


Jadi.. begitulah.. kita kadang-kadang lupa, yang mulut kita selalu sahaja duk mengata kat orang, even tanpa kita sedari.. Dan bila kena kat kita balik, baru lah kita sedar.. Tu pun, ada jugak yang tak sedar-sedar.. Kalau tak dijemput, tak bermakna orang tu tak sayang.. Mungkin terlepas pandang, atau mungkin bajetnya adalah untuk sekian-sekian.. Jangan hubungan kita dengan seseorang itu menjadi longgar hanyalah kerana tidak dijemput.. Oleh hal yang demikian, fikir-fikirkan dahulu, sebelum kita membuat sebarang spekulasi.. Jangan terlalu penting kan diri.. Sebab tu ada pepatah, 'Walk on their skin' ataupun 'Try to be in their shoes'.. Maksudnya? Paham-paham sendiri lah ye.. Kalu tak paham, sila rujuk orang sebelah..

Jemput tak jemput, 
sekadar termampu...
Apa-apa pun, 
sayang tetap sayang.. :)

Emm.. itu sahaja untuk kali ini... tak sangka boleh reka banyak perenggan macam ni.. so, that's all, i take my leave.. Wassalam (^_^)

----------------------------------------------------
Sape-sape nak sponsor kenduri, boleh jgak.. amatlah dialu-alukan :D

Sunday, November 11, 2012

holiday = d.t.g.n


Huwaah.. 
Okay.. dah lama tak update..
Being here, being there...
Study here, study there...
Play here, play there...
Sleep here, sleep there...
Examination here and there...
Ohmy!
Well, finally it's holiday... 
Alhamdulillah.. how about big claps for yourselves too~
And now, since it's holiday,
being wondering what to do, what to waste,
what's for my birthday gift (ooops? :p ),
what can i learn, and what should i do for them.. hmm...
i guess the next post may come with some answers...
pray for some good for me.. haha...
and of course, i pray for the best for you all as well...
peace out! (^_^) \/





d.t.g.n = dok tahu gapo nok

Sunday, August 19, 2012

it was...few days before...

Bilik guru.

Aku melalui bilik guru yang dahulunya sentiasa ku lalui 9 tahun yang lalu. Guru-guru yang ku kenal tidak ramai lagi. Namun ku sapa mereka semua dengan baik. Tika itu, fikiran ku diterjah kenangan dahulu. Ku lupa waktu yang tepat bagi insiden tersebut.

Ku dipanggil oleh seorang ustazah ke bilik guru. Seorang lagi turut dipanggil. Perempuan. Namun ku lupa nama dan wajahnya. Dan itu tidak penting bagiku sebenarnya. Yang penting sekarang ialah kenapa ustazah memanggilku. Ku duduk di sebuah kerusi kayu yang telah tersedia ada di situ. Sementara menanti ustazah, ku memerhati sekeliling bilik guru tersebut. Setelah mengamati, ustazah mendatangi kami berdua.

Apa? Berlatih untuk tilawah Al-Quran? Suara aku sedap ke? Kenapa ustazah pilih aku pula berbanding ramai lagi pelajar di sekolah ini? Berbagai persoalan bermain di minda, tapi tak terluah melalui kata-kata. Ku diam dan menuruti sahaja arahan ustazah, tapi dalam diri masih memberontak. Pelik. Biar jelah.

Ustazah mengajarkan beberapa cara untuk tilawah Al-Quran. Sudah tentu, untuk menyedapkan bacaan, perlulah mengetahui dan menggunakan teknik-teknik yang betul. Pernafasan, frasa, tempo, dinamik, dan lain-lain lagi. Bagiku, semua itu tak penting. Ya, tika itu, itulah pemikiran yang telah aku setkan dalam diriku. Dan cara bacaan ku tetap sama, dan aku rasa, tak seperti yang ustazah harapkan. Entah. Biar jelah.

Waktu pertandingan. Berdebar. Tapi peduli apa, yang penting aku baca. Keputusan akhirnya keluar. Aku tak menang. As expected. Dan tika itu juga, aku masih tak kisah kalah menang, menjadi harapan, dan lain-lain lagi. Luckily, perempuan tu mendapat tempat, kalau tak silapku. Jadi, takdelah ustazah rasa bersalah sangat.

Tahun berganti tahun, baru kusedari. Ilmu yang ingin disampaikan oleh ustazah itu telah aku persiakan. Rugi. Betul-betul rugi. Andai aku belajar betul-betul dan memahirkan diri, sudah tentu aku sudah diperingkat lain sekarang ini. Wallahu'alam. Namun kekesalan itu ku syukuri juga. Dan ku terima Qada' dan Qadr. Ku lihat pada sudut lain. Lain kali, ilmu yang bakal kamu dapat itu, jika tidak bercanggah dengan syariah Islam, tidak akan rugi kamu mempelajarinya. Akan ada waktu kamu dapat gunakannya, antara menolong orang lain, ataupun menolong diri sendiri.

Ya, itu salah satu kenangan pabila ku berada di bilik guru tersebut. Kawasan-kawasan lain yang ku lalui turut mempunyai kenangan tersendiri.

Ku tersenyum. Sendirian.

---------------------------------------------------------------------------

Terawih

Orang kata orang muda ni semangat tinggi. Betul ek? Mungkin betul lah kot. Sebab semangat ke'malas'an tu tetap ada pada setiap orang. Mungkin itu lah yang berlaku pada orang-orang muda sekarang. (Dah bunyi macam orang tua je, kan?) Tapi, tak semua pemuda macam tu.

Ku lihat ramai yang menghadiri solat terawih. Pada rakaat pertama hinggalah rakaat kelapan. Lapan. Itulah bilangan rakaat yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Perlis. Namun masih ada yang mengikut jejak para sahabat Nabi, iaitu 20 rakaat. Dan sesungguhnyaa, tak salah pun kalau mengikuti jejak para sahabat, kerana mereka adalah insan yang dipilih oleh Rasulullah sendiri. Takkan Rasulullah silap memilih sahabat, kan?

Sebut sahaja lapan rakaat, ramai yang mampu lakukan. Tapi pabila ku pulang ke tempat sendiri, yang masyarakatnya mengamalkan 20 rakaat, ku rasa sedikit terkilan. Takde orang nak tanya kenapa? Takpe. Nak bagitau jugak kat sini. Seusai rakaat yang kelapan, ramai manusia yang berpusu-pusu balik ke rumah. Ini termasuk lah aku sendiri. Ya, aku sendiri juga gagal untuk mengistiqamahkan bilangan rakaat bagi solat terawih yang begitu banyak. Begitu banyak? Is what I thought.

Pada satu malam, ku cuba untuk stay di surau berdekatan ini. Lalu ku perhatikan makmum-makmum yang masih stay untuk solat terawih bagi rakaat yang kesembilan hinggalah dua puluh lalu terus menutup malam tersebut denga tiga rakaat solat witir. Ku termenung dan tersenyum sendirian. Lalu ku gagahkan untuk meneruskan solat terawihku. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan pada malam tersebut.

Balik daripada solat-solat sunat tersebut, ku memanjangkan pemikiran ku. Apa yang kulihat dalam perjalanan balik dan tika waktu menyambung bilangan rakaat solat terawih tadi itu, adalah pada segelintir makmum itu tadi. Yang masih stay di surau tadi adalah abang-abang dan kakak-kakak, tak terlupa juga beberapa orang pakcik - makcik. Wow! Tak sangka betul. Tapi, bila difikirkan kembali, ramai sahaja golongan seperti ini yang rajin ke surau atau masjid, pada zaman sekarang ini. Bagaimana mereka dapat melakukan solat yang banyak rakaatnya. Perkara ini membuatkan ku terfikir. Dan hal ini yang membuatkan ku tekad untuk meneruskan solat sebanyak 20 rakaat tersebut. Alhamdulillah. Yang baik kita ikut, yang kurang baik..tahu-tahu sendiri lah ye :)

Oh lupe nak beritahu. Dalam ramai-ramai abang-abang, kakak-kakak, pak-cik - pak-cik, mak-cik - mak-cik, seorang insan yang saya amat yakini dan kagumi ialah, Tokki (Datuk) saya sendiri, dan usia beliau hampir mencecah 90 tahun sekarang ini. Hal ini cukup memberikan kesan pada ku.

Kalau tokki yang tak kurang umurnya itu boleh melakukan ibadat sebanyak tersebut, kenapa aku tak boleh? 

Ku termenung. Sendirian :)

---------------------------------------------------------------------------------------

Imam

Hal ini berlaku tika mana aku di surau berdekatan dengan rumah. Solat 'Isya dan solat sunat terawih secara berjemaah. Sudah lama aku tidak solat di situ. Lama tidak bermaksud berbulan-bulan mahupun bertahun-tahun. Cuma, aku rindu untuk solat di surau itu.

Kala dahulu, ku sering mengantuk dalam solat, lebih-lebih lagi apabila solat terawih. Leceh. Banyak sangat. Kata hati kecilku. Namun tahun ini, alhamdulillah aku tidak mengantuk. Mengapa? Kali ini ku pertemukan dengan seorang imam yang bacaannya cukup ku kagumi. Bukannya beralun-alun, mendayu-dayu seperti kebanyakan imam yang bersuara lunak lagi sedap didengari (kadang-kadang faktor ini yang membuat kemengantukan). Tapi suara imam ini, subhanallah, cukup kuat, cukup bertenaga, dan lancar bacaannya. Meskipun telah bermikrofon, namun beliau tetap membacanya dengan kuat dari awal solat sehinggalah akhir solat witir. Malahan, tiada tanda-tanda beliau penat mahupun suaranya makin rendah pada penghujung solat. Tiada!

Perkara ini membuatku terfikir, bagaimana bacaannya mampu mempengaruhi makmumnya. Dan aku mengaitkan pada diriku sendiri. Sudahlah suara tak sedap, nak beralun-alun tak yah duk mimpi lah, apakah ini satu alternatif bagi diriku seandainya aku menjadi imam suatu hari nanti. Tapi orang tak kata aku terlalu bersemangatkah? Terlalu bisingkah? Wallahu'alam. Akan ku selami bahagian ini dan mencari jawapan pada suatu hari nanti insyaAllah.

Ku termenung. Dan tersenyum. Sendirian :)

Wednesday, August 8, 2012

peringatan...




Iqra'..
Bacalah...
Ayat pertama yang diturunkan Allah swt kepada kita..
Bacalah sepertimana yang diperintahkan olehNya kepada hamba-hambaNya..

Hayatilah makna "Iqra' "...
Banyak hikmahnya...
Jangan biarkan 'orang lain' memahami makna "Iqra' " itu 
dan mengamalkan apa yang disuruh oleh Dia, 
melebihi kita,
umat kekasihNya yang paling disayangi, 
umat Muhammad S.A.W..

-----------------------------------
Rebut peluang selagi ada..
Bacalah banyak-banyak,
Peringatan buat diri ini, dan anda sebagai sahabat...
:')