:: QS ::

***********************************************************************************************

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

********************************************************************************************************************

Friday, September 2, 2011

rEfLect seBenTaR


Oh Ya Allah..
Saban hari
aku merasakan diriku
semakin dekat dengan Neraka-Mu
banyak janji telah ku buat pada diri sendiri
agar berubah
ke arah yang lebih baik
namun, janji hanyalah sekadar kata-kata
tak dikota oleh diri sendiri
APA NI?!!
diri sendiri pun tak leh nak jaga
camne nak jaga orang lain?

Oh Ya Allah..
ku sedar
aku kurang mengambil cakna dalam titahMu
ak kurang cakna terhadap ajaran RasulMu
banyak perkara yang masih perlu ku pelajari
banyak perkara yang masih perlu ku perbaiki

Memang betul apa yang sering diperkatakan
"Don't judge a book by its cover"
Semalam mendapat panggilan dari seorang kawan
Dulu baik-baik sahaja
Tiba-tiba berlaku konflik
Pertelagahan antara dua mulut
Masing-masing saling menaikkan suara
Hinggakan kawan ini meninggalkan tempat tersebut
Dengan hati yang membara
Diluahkan segala kepada penulis
Si dia sering panas baran
Hinggakan ibu sendiri ditegah memasuki urusan mereka
Namun pabila time si dia ok
berbagai-bagai jasa dicurahkan
dan antara perkara yang menarik perhatian penulis
si dia menjaga solatnya dan mengetahui serba sedikit hukum agama
dan menyuruh si kawan agar memelihara solat
Penulis hanya mampu mendengar
dan tidak tahu berbuat apa-apa
Niat mahu menolong
Jadi tinggalkan beberapa pesan
InsyaAllah akan reda selepas ini
jika tidak, Dia Maha Mengetahui akan adanya yang tersirat


Oh Ya Allah
Jika si dia boleh menjaga solatnya
Masakan aku yang kurang dalam penjagaan solat ini
Boleh menghampiri syurgaMu?
Sesungguhnya aku ini amatlah hina
Kerana
orang kata, mummayiz itu bukan sekadar akil baligh
tapi mampu membezakan antara yang baik dan yang buruk
Namun apa pula kategoriku
kerana aku tahu ia nya sesuatu yang buruk dan berdosa besar
tapi aku masih melakukannya
antara sedar mahupun tidak

Oh Ya Allah
Banyak perkara yang perlu ku pelajari lagi
dalam mempelajari kawalan nafsu dan hidup ini

Tak boleh melafazkan janji secara sembarangan
jika kita tidak yakin dan kurang berpotensi untuk mengotakannya
Peganglah janjiNya melalui kitabNya dan sunnah RasulNya
insyaAllah terjamin kebahagiaan
bukan sahaja di dunia, malahan akhirat yang abadi

InsyaAllah
aku akan bermula dengan berpuasa
dan menjaga solatku
agar dapat menghindarkan diri daripada
dosa-dosa yang dapat aku elakkan

Oh Ya Allah..
Ku memohon padaMu
Berilah kekuatan padaku
agar dapat berubah ke arah yang lebih baik
jika aku tak dapat berubah secara sendirian
maka kurniakanlah pada ku
seseorang yang dapat memimpinku ke arah yang lebih baik
hanya padaMu lah ku berserah
dan hanya padaMu lah ku memohon pertolongan..
Amin ya rabbal'alamin....



sumber : ntah lupa copy paste dari mane...

3 comments:

honeydew said...

:(( tears flowing...

- cS - said...

awat nanges nye?

honeydew said...

touched..