:: QS ::

***********************************************************************************************

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

********************************************************************************************************************

Sunday, December 4, 2011

inSpiRaSi

yea.. Alhamdulillah, setelah beberapa hari tidak menge-post sesuatu, akhirnya, ter-laksana jugak setelah sekian lama menyimpan post ini.. dan sengaja saya ingin nyatakan, memang tarikh hari ini saya pilih kerana ia agak special pada diri saya.. hahaha :P

sebelum itu, masih belum terlambat rasa nya untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 yang baru sahaja beberapa hari berlalu.. dan sesungguhnya, kedatangan tahun baru Islam ini amat member makna sekiranya apa yang diimpikan dapat dicapai.. itupun setelah ‘usaha’ dan ‘doa’ dilaksanakan.. insyaAllah.. doakan saya Berjaya.. hehe J


sedikit sebanyak pembaharuan telah saya lakukan.. dahulunye maen curi je gambar org pastu buat header tan[pa meminta kebenaran tuan gambar terlebih dahulu, sekarang ditukar dengan gambar yang Kirey amik.. wahaha.. actually, bukan apa, saya perbaharui agar dapat menarik minat saya untuk meneruskan perjuangan yang sentiasa berubah mengikut jalan yang bakal lalui. insyaAllah.. hehe J

baiklah, sepertimana tajuk entry kali ini, saya ingin mengutarakan beberapa inspirasi yang melonjakkan semangat saya untuk terus maju ke hadapan.. dan saya telah membahagikan beberapa perkara yang menjadi inspirasi kepada saya, dan saya juga ingin membuat pendedahan tentang ‘mereka’ yang secara langsung mahupun tidak langsung, memberikan inspirasi terhadap saya.. kih3…

Lukisan

Ya.. tak kiralah anda mengetahui atau pun tidak, SAYA SUKA MELUKIS.. dan kadang-kadang(bukan selalu kerr?) saya melukis ketika belajar, supaya dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran (really?).. saya telah nekad untuk menjadikan lukisan sebagai satu ‘tugas khas’ dan insyaAllah saya akan terus memajukan diri agar dapat bersama-sama mereka yang telah jauh maju ke hadapan.. malahan, saya ingin mengalahkan mereka-mereka yang juga merupakan inspirasi saya..



Foner, Iekhwan-P3, Feeqry


Masih ada ramai lagi, tapi saya pilih mereka2 ni je, sbb mereka ni secara tak langsung memberikan saya rasa ‘JEALOUS’ dengan karya-karya mereka dan sesungguhnya, mereka telah Berjaya dalam merealisasikan impian sedikit demi sedikit..

Penulisan

Dalam bidang penulisan, saya hanya ingin nyatakan bahawa saya tidaklah rasa untuk menjadi seorang penulis.. niat di hati cumalah ingin pandai dalam bidang penulisan, dan mereka-mereka ini saya jadikan contoh kerana mereka mampu menghasilkan sesuatu karya atau penulisan yang memberikan impak dalaman pada diri saya..

MRMR, TOP's fan, LA


Mereka ini bijak dalam menggunakan bahasa, dan secara keseluruhannya memasukkan unsure-unsur Islamik serta refleksi agar pembaca akan reflek diri masing-masing dan kembalikan diri kepada Yang Satu.. Tidak dinafikan, masih ramai yang ingin saya nyatakan, tapi disebabkan ‘headstuck’, just boleh berfikir nama-nama tersebut sahaja..

Fotografi

Ya.. fotografi adalah satu bidang yang baru sahaja saya ingin dalami.. secara keseluruhannya, saya mengambil gambar hanya dengan menekan-butang-sesuka-hati sahaja.. tapi sekarang saya sedar, betapa pentingnya mempelajari ilmu dan jangan dipersiakan barang yang kita ada untuk terus memajukan diri ke hadapan..


Haisy.. terlalu ramai untuk dinyatakan golongan yang amat berbakat dalam bidang fotografi ini.. dan saya teruja melihat gambar-gambar mereka-mereka yang berbakat ini.. namun ingin saya ketengahkan disini, nama yang saya nyatakan di atas adalah mereka yang memberikan saya rasa CEMBURU apabila melihat gambar yang mereka ambil.. dan kadang-kadang gambar-gambar mereka ini hanyalah gambar biasa sahaja pada pandangan orang lain, lebih-lebih lagi golongan professional yang memberikan komen membina kepada mereka..

Baiklah, buat masa sekarang, hanya tiga perkara ini yang ingin saya luahkan sebagai inspirasi kehidupan saya.. tidak dinafikan, banyak karya-karya golongan yang lebih berpengalaman, memberikan ramai orang rasa teruja… TAPI ingin saya tegaskan, saya bukan MEREKA.. mereka-mereka yang dinyatakan adalah punca keCEMBURUan saya, punca INSPIRASI saya, dan bersamalah kita, maju kehadapan dalam membawakan bidang-bidang ini, ke arah yang ingin dicapai.. insyaAllah J

.........................................................................................................................

(apa yang saya nyatakan di sini adalah berdasarkan bukti, pemerhatian, dan juga pembacaan.. saya HANYAlah sekadar mengeluarkan my point of view, dan anda sebagai pembaca mungkin mempunyai pandangan berbeza.. malah, anda mungkin lebih baik daripada mereka yang saya nyatakan.. tapi selagi mana saya tak baca atau ketahui tentang karya anda, tak dapat saya utarakan di sini.. )

.........................................................................................................................

PAPEPON, siapa lah saya ni, APALAH sangat pandangan saya ni, dan anda sebagai pembaca, tak perlulah TERASA atau TERPENGARUH dengan pandangan saya ini.. sekian..wassalam

-Ex.I.A-

Tak sabar menunggu tarikh keramat:

-14/ Februari 2012-

-21 Februari 2012-

No comments: