:: QS ::

***********************************************************************************************

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

********************************************************************************************************************

Friday, December 9, 2011

Memasak vS. Imam

Gambar Hiasan

Kalau perempuan tak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay jer. Ye dok ???

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

”Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.


Gambar Hiasan

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga?

*****************************************************************************

Ye... apabila persoalan ini timbul, maka kedua-dua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing.. Janganlah berat sebelah sahaja, kerana Allah menjadikan lelaki dan perempuan itu adalah untuk melengkapi masing-masing..

*****************************************************************************

Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga kan? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?



Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’.




Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki :-)

sumber : Gilerkentang

sumber asal : iluvislam.com

*****************************************************************************

Sekadar peringatan buat diri sendiri dan teman-teman.. Kita ini tidak pernah lari dari tanggungjawab untuk BELAJAR.. Tidak semua orang mahir dalam semua bidang dalam sekelip mata sahaja.. Tidak dinafikan ramai perempuan yang tidak tahu memasak, tapi lagi ramai lelaki yang tidak confident untuk jadi imam.. dan sesungguhnya, menjadi imam itu meliputi segala aspek, terutama dari segi agama.. Oleh hal yang demikian, BELAJARLAH.. meskipun umur sentiasa meningkat, asalkan ada keinginan dan usaha, insyaAllah penantian yang diimpikan takkan sia-sia..


Perempuan tak tahu memasak, tak salah pun, sbb bukan tanggungjawab pun... tapi, kata nak jadi ibu kan? so, belajar memasak is a BIG bonus :)

Lelaki? Dah memang tanggungjawab kena jadi imam, tak semestinya dalam solat sahaja, bahkan imam kepada diri sendiri, keluarga dan orang lain :)


i wanna be someone who can be Imam and good in cooking.. must be very BIG bonus rite.. haha :P

*****************************************************************************

4 comments:

Subaihah Mukhtar (Seri Puteri) said...

terbaik capix!

- cS - said...

alhamdulillah..
walaupun sumber asal adalah daripada yang lain,
syukran cik QuraQura :)

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

KAlau nak cari yang pandai masak, mesti diri sendiri tahu beza periuk dengan kuali...hehehe..

Jadi, kalau nak cari yang beragama, diri itu kena la tahu agama kan...:)

- cS - said...

yup.. at least kena taw lah jugak a few things kat dapur tu.. haha

walaupun misteri keserasian antara pasangan itu Allah rahsiakan, tapi Allah membantu insan-insan yang menuju ke arahNya..insyaAllah