:: QS ::

***********************************************************************************************

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

********************************************************************************************************************

Monday, October 3, 2011

- NS -

Alhamdulillah bersyukur sy ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia serta izin-Nya,
dapat lagi sy menjejakkan kaki, menghirup udara free,

dan bergerak bebas di atas muka bumi-Nya ini...

" Pernikahan itu satu seni..."

Ye, seperti yang anda bace tadi, kali sy nk membincangkan sedikit tentang pernikahan ni..
(Sje nk share info yang baru dapat.. hehe)

Ekceli, sy just nk fokuskan pada antara kriteria yg perlu ada pada suami dan isteri, iaitu MENJAGA SOLAT.. hal ini sering dibangkitkan dan dikaitkan dengan utuhnya sesebuah rumahtangga itu..

Kebiasaannya, antara punca yang menjadi isu dalam keretakan sesebuah rumahtangga itu adalah apabila pasangan TAK MENJAGA SOLAT.. Orang yang tak menjaga solat ni boleh dikategorikan sebagai orang fasik
(sila rujuk pakar untuk pengesahan.. sy pun dah tak berape ingat).. dan sesungguhnya,

Imam Ghazali berkata:
"Barangsiapa mengambil/menerima orang yang tidak solat 5 waktu sebagai menantunya, maka dia telah berdosa besar dan dosanya sama seperti memutuskan silaturahim.."

Ok.. so camne 'jaga solat' boleh bersangkut paut ngan 'utuh rumah tangga'?? pernah dengar x,

"Solat itu tiang agama..."
dan juga
"Solat dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran..."

So, tak salah laa kan kalu tak jaga solat, maka tiang rumah tangganya pun tak kukuh.. yang ni just a few of the examples je.. byk lagi yg boleh ditafsir berdasarkan ayat-ayat di atas..

Ok.. berbalik kepada Solat-Nikah tadi,

"Camne nak taw si pasangan ni orang yang jaga solatnya ke x?"

My respond?

- Siasatlah.. jika dia rajin solat berjemaah di surau atau masjid, hal itu dah memudahkan kita kerana kita boleh tengok dengan sendiri dan bertanyakan orang-orang di masjid atau surau tersebut.. jika dia 'ada kesulitan' untuk solat di masjid atau di surau, maka boleh lah bertanya ahli keluarga si pasangan tersebut..

"Ada je orang yang jaga solatnya, tapi bercerai-berai gak keluarga dia tu.. even Tok Imam pun ada jugak yang berkelahi dalam keluarga dia tu.."

Haa.. biasanya, orang yang 'pandang serong' terhadap penjagaan solat akan mengeluarkan statement yang lebih kurang mcm kat atas ni..

Baiklah.. my answer is,

- Kita ni tak dapat larikan diri daripada dua perkara.. Nikmat dan Ujian.. Sesungguhnya apa yang Allah kurniakan pada kita adalah Nikmat.. dan

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2)


Kalau dah faham ayat al-Quran kat atas tu, maybe tak perlu sy perlebarkan lagi bahagian ni..

"Sesungguhnya orang yang dapat menguasai dirinya dalam
Nikmat itu Ujian, dan Ujian itu Nikmat,
maka manusia tersebut tergolong dalam manusia yang hebat"


Ok.. banyak lagi perkara yang nak disentuh sebenarnya.. cume tetibe sy jadi ter-lupe point2 yang ingin disampaikan.. insyaAllah lain kali akan post lagi..

Wassalam...

-peringatan untuk diri sendiri yang serba kekurangan dalam bab penjagaan solat -

2 comments:

honeydew said...

ape mksud -NS- ye incik tuan blog?

- cS - said...

ntah nk jawab ke x.. hahahak